PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari

Beliau yang dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini. - Instagram/HajijiNoor

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi Khamis.


Beliau yang dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini.


Ketibaan Perdana Menteri di sambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan pemimpinan negeri di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum bergerak ke Pusat Bandar untuk menghadiri satu majlis tertutup.


Dalam satu kenyataan media Pejabat Ketua Menteri, Perdana Menteri kemudian menghadiri taklimat mengenai pembangunan Sabah oleh Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Safar Untong di Menara Kinabalu.

Mengulas mengenai keperluan pembangunan, Ismail Sabri berkata, Sabah akan terus menerima bantuan dan beberapa projek rakyat akan diteruskan di negeri itu terutama sekolah, infrastruktur dan kemudahan.


Ismail Sabri juga menyerahkan cek bantuan lebih RM18 juta daripada Kerajaan Pusat menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Hajiji.

Ini merupakan kunjungan pertama Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia selepas kali terakhir melawat Sabah, pada 21 Ogos lalu.


Untuk rekod, Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini dengan temasya berkenaan akan disambut dengan kaedah norma baharu di SICC.


Acara malam ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga barisan pemimpin-pemimpin dari seluruh negeri.

Sementara itu, Hajiji dalam hantaran di Facebook berkata, kehadiran Ismail Sabri itu dapat membuka ruang untuk Kerajaan Pusat dan negeri membincangkan pelbagai perkara berkaitan isu rakyat dan Sabah secara menyeluruh.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

Previous Post Next Post