Foto hiasan BERNAMA |
KOTA KINABALU: Kluster baharu hari ini sekali lagi melibatkan ladang sawit.
Kluster Sawit Kinabatangan 2 adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.
Masidi Manjun |
“Kes indeks yang bergejala sejak 18 Ogos 2021, disahkan positif Covid-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut.
“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 123 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan juga positif Covid-19.,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, aktiviti siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.
“Setakat hari ini, seramai 124 orang telah disaring dan 124 kes positif dalam kluster ini termasuk 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini,” tambahnya. - Warta Oriental
Post a Comment