Lori bertembung 4WD, 3 cedera

Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan sebuah lori 3 tan.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lori bertembung pacuan empat roda, tiga cedera

Ranau: Tiga lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Kimolohing, di sini, malam tafi.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan terus dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tiga tan.

Picture
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.39 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian. “Setibanya dilokasi, kemalangan didapati membabitkan kereta Mitsubishi Triton yang bertembung dengan sebuah lori tiga tan.



“Terdapat tiga mangsa yang mengalami kecederaan terus dihantar ke hospital oleh pihak Ambulan sebelum jentera tiba,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini. Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya bertindak menanggalkan kepala bateri kenderaan dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dilokasi.


Katanya, setakat ini, maklumat berhubung mangsa kejadian masih belum diperolehi dan operasi ditamatkan pada jam 10.54 malam.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.