Kehilangan warga emas terjawab, bau busuk bongkar penemuan mayat terbaring dalam kereta

KERETA mangsa yang ditemui orang awam. FOTO ihsan bomba

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Bau busuk bongkar penemuan mayat terbaring dalam kereta

Tuaran: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak kelmarin, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di Kampung Lakang, Tamparuli, malam tadi.


Penemuan warga emas terbabit disedari pemilik kereta selepas terhidu bau busuk dari Proton Persona, jam 7.20 malam tadi.

Picture
Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di dalam kereta di Kampung Lakang, Tamparuli. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 62 tahun hilang pada jam 5.24 petang, Sabtu lalu.



Katanya, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Kampung Tambalugu, Berungis.

Picture
Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di dalam kereta di Kampung Lakang, Tamparuli.

“Pada jam 7.20 malam tadi, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang Proton Pesona di Kampung Lakang, Tamparuli iaitu dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


“Kejadian hanya disedari pemilik kereta berkenaan selepas terhidu bau busuk,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Picture
Ketua Polis Daerah Tuaran Timbalan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata John Maria Ambrose (gambar), yang tinggal di Kg Tambalugu, Tamparuli, ditemui dalam kenderaan itu pada 7.20 pagi di Kg Lakang, kira-kira 2km dari rumahnya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Operasi SAR tamar jam 8.37 malam,” katanya. -Deasoka

SOURCE: deasoka.com

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.