Sabah jalani simulasi kedatangan pelancong antarabangsa di KKIA

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, menyaksikan simulasi ketibaan pelancong antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). - Foto ihsan Lembaga Pelancongan Sabah

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah jalani simulasi ketibaan pelancong antarabangsa menjelang pembukaan semula sempadan 1 Apr

KOTA KINABALU: Sabah mengadakan simulas khas sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.


Pemain industri pelancongan dan pihak penguatkuasa terbabit dalam simulasi itu untuk mengenal pasti sebarang kesukaran yang bakal berlaku sebelum ketibaan pelancong sebenar apabila sempadan negara dibuka semula pada 1 April.


Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar negeri, merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, turut hadir bagi menyaksikan pelaksanaan proses simulasi terbabit.

Beliau berkata, simulasi ini sangat penting bagi membolehkan semua pihak terbabit mengukur tahap kesediaan dan membuat penambahbaikan yang perlu.


"Hari ini, saya berpeluang untuk melihat keadaan simulasi dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi ketibaan pengunjung. Kita menjangkakan kehadiran pelancong yang ramai di KKIA, minggu depan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Yang turut hadir pada simulasi itu adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin; Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof dan Pengurus Kanan KKIA, Sunif Naiman.

Joniston berkata, wakil persatuan berkaitan pelancongan yang hadir semasa simulasi itu juga berkongsi input penambahbaikan.



Antara penambahbaikan kritikal, katanya, ialah pelawat antarabangsa hanya diperlukan untuk menjalani ujian air liur untuk saringan COVID-19 dan bukan ujian RTK-Antigen seperti yang diputuskan sebelum ini.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.