Anak ketua polis daerah maut tertembak pistol bapa sendiri

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
(📸 ©AWANI)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Polis siasat kematian anak KPD Lahad Datu – KPN

KOTA KINABALU: Anak perempuan seorang ketua polis daerah di negeri ini, maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Lahad Datu, hari ini.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa sedang bertugas di pejabatnya.

Pistol miliknya dikatakan, tertinggal di rumah dan mangsa dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketika ini jenazah masih berada di Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kamis, esok pagi selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

SOURCE: Laporan BH Oleh Juwan Riduan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.