
Kakak maut, adik kritikal nahas awal pagi

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Nurul Syakina Kasim, 22, yang memandu Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelakinya berusia 17 tahun tidak sedarkan dan menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Garai berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Keningau menuju ke Tenom manakala mangsa memandu Proton Wira dari arah Tenom menuju ke Keningau bersama adiknya.

"Mangsa yang cedera menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Yampil berkata, pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan dan semua mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan.
"Bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan saringan Covid-19.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
SOURCE: HARIAN METRO
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date