
3 pekerja kontrak pemasangan solar maut terkena renjatan elektrik di JKR Ranau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan solar, manakala seorang lagi lelaki berusia 20-an selamat.
“Pasukan operasi bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa yang maut dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak PDRM.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud, sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.03 tengah hari,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansha Endal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
SOURCE: INFOX
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment
0Comments