
Rakan-rakan cuba jejaki…' Gagal kawal emosi, lelaki hilang di hutan lepas terima berita anak meninggal, berikut kronologinya
KASIH bapa buat anak tiada sempadannya. Gagal menahan emosi menerima berita anak meninggal dunia, seorang lelaki Severinus Jakim, 37, dikhabarkan hilang dalam Hutan Simpan Tekal, Tembeling, Jerantut.
Berikut kronologi kehilangan yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad:
1-Zukri memaklumkan Severinus yang ketika itu duduk bersama lima rakannya menerima khabar duka itu pada kira-kira jam 10.30 malam.
2-Menurut rakan sekerjanya, Severinus kemudian membawa beg pakaian dan menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung.
3-Lelaki itu kemudian berjalan keluar dari rumah kongsi mengikut laluan jalan balak.
4-Siverinus sempat dilihat menyembunyikan diri apabila terserempak dengan kenderaan yang melalui kawasan tersebut sebelum hilang daripada pandangan.
5-Difahamkan, kehilangannya cuba dijejaki rakan sekerja namun gagal susulan keadaan gelap dan faktor keselamatan.
6-Keesokan harinya, mereka terus mencari Severinus tetapi tidak berjaya.
7-Pihak keluarga memaklumkan bahawa Severinus mengalami masalah anxiety atau keresahan.
8-Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan melibatkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
9-Lelaki berkenaan memiliki ketinggian kira-kira 162 sentimeter dengan berat 74 kilogram, berambut hitam dan berkulit sawa matang.
10-Kali terakhir dilihat dia memakai baju T biru, topi ‘baseball’ hitam dan membawa sebuah beg pakaian.
11-Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan tersebut diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di talian 092662222.
Sama-sama kita doakan bapa ini kuat dan berjaya ditemui dengan segera.
SOURCE: Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment
0Comments