Angin Ribut Kuat & Hujan Lebat Landa Negeri Sabah

KEMASKINI AMARAN: 10:31pg;4/7/15:Ribut Petir, hujan lebat & angin kencang di Sabah :Bhgn Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, KK, Penampang & Papar) dijangka hingga awal petang 4/7/15 - Jabatan Meteorologi Malaysia.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Hujan Lebat dan angin kencang di Kota Kinabalu ketika ini.

Angin kencang yang berlaku di Pantai Barat Sabah khususnya Kota Kinabalu disebabkan Ribut Tropika Kuat LINFA yang berlaku di Filipina pada ketika ini.

Linfa Tropical Storm menyebabkan hujanlebat secara tiba2 di kawasan Pantai Barat Sabah dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan Foto Gambar kesan angin kuat yang berlaku di Bandaraya Kota Kinabalu & Daerah-daerah lain malam semalam.


Taufan ini telah membadai Kota Kinabalu dan beberapa daerah di kawasan Pantai Barat Sabah malam tadi disertai Ribut angin kuat sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda antaranya:-

- Premis peniagaan Makanan segera KFC pecah cermin akibat angin kuat sebelah pagi.

- Info daripada PPD Tuaran, beberapa kejadian pokok tumbang dan kerosakan bangunan serta rumah kediaman di beberapa tempat di daerah tuaran akibat ribut kencang yang berlaku semalam.

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 1tahun 6 bulan diterbangkan bersama bumbung rumah mereka berhampiran Kg Dungang. Kanak-kanak tersebut di temui dalam keadaan selamat di kawasan sawah kira-kira hampir sejam kemudian.

kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital tuaran untuk pemeriksaan dan di dapati peha kanan mengalami keretakan dan kini dirawat di hospital Likas.

Kejadian berlaku kira2 jam 11.50 malam!

Kanak2 yg diterbangkan bersama atap rmh ditemui dikawasan sawah padi berhampiran rmh Pn Rita Patimamat pd jam 12.15 malam.

Jiran terdekat ialah Pengerusi JKKK Kg Dungang, Pn Rinting Banawa.

Anak lelaki Pn Rinting, Hermady Jess Tunai membantu utk menghantar Pn. Nurhayba & anak perempuannya yang cedera ke Hospital Tuaran. Setelah di x-ray di hospital Tuaran didapati peha sebelah kanan adik Nurhasyikin Bt Jainudin, umur 1 tahun 6 balan patah dan sekarang tengah dirawat di wad hospital Likas, tingkat 6, Kenanga 5.

-Atap bangunan Sekolah menengah Adventist Tamparuli di terbangkan angin datail lengkap belum di perolehi. Info daripada PPD Kota Kinabalu.

-Berlaku bumbung rumah diterbangkan angin kuat di Kg Soang Parai.

-2 gambar berikut berlaku kg Lepasan Telipok, g.3 kg Gudon Menggatal G.3 kg bangka bangka Likas ( kejadian ribut / angin kencang mlm tadi.)

Amaran ribut petir serta hujan lebat pada hari ini dikeluarkan pada 02:04pm pada 04 Julai 2015.

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga malam, Sabtu 4 Julai 2015.

Dalam kejadian Ribut Taufan pagi Tadi, Dewan Serbaguna Muhibbah Kg Pukak Kiulu Tuaran pula ranap oleh angin kuat dalam kejadian ribut sekitar jam 9 pagi tadi.


Berikut merupakan screenshot impak dari kejadian Angin Ribut Kuat & Hujan Lebat sekitar Negeri Sabah pada malam kelmarin & Hari ini.


Suka admin mengingatkan kepada semua dikawasan bahagian pantai barat Sabah untuk lebih berhati-hati dalam menghadapi musibah yang melanda.

Credit to: Malaysian Meteorological Department (MET).


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.