MH370

Terkini
.

25 penumpang, tiga kru bot laju nyaris lemas di Labuan

Kickbola.net#‎labuan‬ - Dalam kejadian 1.45 petang itu, bot berkenaan tiba-tiba dimasuki air menyebabkan penumpangannya panik lalu naik ke bahagian bumbung bot. Kredit foto Ronney Bikin Panas Rbp
25 penumpang, tiga kru bot nyaris lemas

Labuan: Seramai 25 penumpang dan tiga kru bot laju dari arah Sipitang ke Labuan hampir lemas apabila bot yang dinaiki mereka hampir karam dalam kejadian di perairan Pulau Papan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.45 petang itu, bot berkenaan tiba-tiba dimasuki air menyebabkan penumpangannya panik lalu naik ke bahagian bumbung bot.



Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.


"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 2.10 petang tadi.


"Bagaimanapun semua penumpang berjaya diselamatkan dan tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.


"Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran bot. Bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan," katanya.



Semua penumpang dan bot berkenaan berjaya dibawa ke jeti berhampiran Hotel Mariner Labuan.




25 penumpang, tiga kru bot laju nyaris lemas di Labuan Reviewed by admin Ucop on 5:51 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.