Penduduk Tempatan Terkejut Gunung Kinabalu tiba-tiba muncul di Bukit Melinsung, Papar

Gambar Gunung Kinabalu - Inilah kejadian yang berlaku d bukit Melinsung.Sebelum ni xpernah kelihatan gunung 2 dr ats bukit ni.Tp sabtu lepas org ramai nampak..inilah yg org katakan.,tinggi2 gunung kinabalu...tinggi lagi syg sama kmu....Menurutnya, gunung ini wujud secara tiba-tiba hari ini. Setelah lama ditenggelamkan oleh awan tebal.. yang pasti ramai orang berhenti untuk melihat gunung itu.. *Mohon komentar sekalian tidak mengutarakan komen2 negative kepada perakam. sedangkan dia berusaha berkongsi perkara yang menarik kepada kita.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SUBHANALLAH!!! PENDUDUK TEMPATAN TERKEJUT GUNUNG KINABALU TIBA-TIBA MUNCUL. VIRAL – Gunung Baru Dilihat dari Melinsung Papar ?

Tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan munculnya Gunung Kinabalu yang begitu jelas seolah-olah menampilkan dirinya yang sebenar.

8 Ogos 2015 : Satu video yang berdurasi selama 00:36 saat yang diambil dekat Bukit Melinsung, Papar  hari ini menarik perhatian pengguna di laman sosial selepas dua jam dimuatnaik di facebook Siakap Keli ditonton lebih dua ratus ribu (200 000) kali.

Memetik apa yang dikatakan dalam video pendek itu, pemandangan gunung yang didakwa sebagai gunung Kinabalu itu amat jarang sekali kelihatan sehingga menyebabkan mereka yang hari-hari melalui kawasan ini rasa terpegun untuk mengambil gambar dan video.

Menurut seorang pengguna laman media sosial facebook yang hanya dikenali sebagai Richard, “setiap hari saya akan melalui jalan ini dan ini adalah kali pertama terlihat satu pemandangan yang berbeza dengan hari biasa membuatkan saya tertarik untuk merakam gambar gunung itu”.



Terdapat juga komen lain di laman sosial berbunyi “mmg gunung tu wujud kat situ.. tpi sebelum ni mmg x kelihatan jelas sebab di selubungi kabus”. Keadaan ini adalah disebabkan cuaca panas sehingga kawasan di puncaknya tidak diliputi awan dan berkabus.










Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.