Nelayan berjaya daratkan ikan kerapu gergasi 320kg di Sandakan

Kickbola.net
Nelayan tangkap kerapu gergasi 320kg di Perairan Laut Sulu, Sandakan - ORANG ramai melihat ikan kerapu gergasi seberat 320 kg yang dijual di pasar umum di Sandakan. Foto ihsan pembaca.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pengunjung Pasar Umum di sini, gempar apabila melihat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320 kilogram (kg) dijual di pasar itu, hari ini. Ikan itu dikatakan paling besar pernah dijual di pasar berkenaan dengan tangkapan sebelum ini ialah seberat antara 100 hingga 200 kg.

Nelayan, Saraji Jiblani, 45, dari Pulau Berhala dekat sini berkata dia menangkap ikan berkenaan Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran. "Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu.


"Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu. "Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar," katanya.

Saraji berkata, dia bersama sembilan rakan ke perairan berkenaan untuk menangkap ikan seperti biasa pada petang Jumaat lalu. Hanya beberapa jam selepas pukat dipasang, katanya, mereka cuba menarik pukat, namun berdepan kesukaran kerana keadaan pukat yang terlalu berat.


"Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh," katanya memberitahu ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram berdasarkan permintaan pelanggan.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

Previous Post Next Post