Kemalangan Ngeri di jalan Ranau Telupid

Bomba berjaya mengeluarkan pemandu yang tersepit, Sulaiman Arianto 28 tahun dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



RANAU : Seorang pemandu maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Ranau Telupid.

Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.15 petang tadi sebelum menghantar dua jentera melibatkan lapan anggota.

Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Land Cruiser bertembung dengan sebuah lori trailer dari arah sandakan menuju ke Kota Kinabalu.


Terdapat tiga orang mangsa di dalam kenderaan Toyota Land Cruiser iaitu pemandu dan dua penumpang wanita.


Bomba berjaya mengeluarkan pemandu yang tersepit, Sulaiman Arianto 28 tahun dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Manakala dua lagi wanita yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.


Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.