Sabah FA umum senjata import baru

Atayev yang memiliki ketinggian 1.85m pula beraksi bersama kelab Arema dan Persela dalam Liga Utama Indonesia pada 2017 hingga 2019.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Tambadau ada 'senjata baru'


Bekas penyerang kebangsaan Angola, Aguinaldo Mendes Veiga, dan pemain tengah dari Turkmenistan, Ahmet Atayev, kini menjadi 'senjata baru' Sabah dalam misi merebut slot ke Liga Super, musim depan.

Dua pemain import itu menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Tambadau itu bagi menggantikan pemain tengah dari Serbia, Luka Milunovic, yang kembali ke pangkuan Melaka United (MU) serta penyerang dari Brazil, Luis Carlos Junior, yang ditamatkan kontraknya, baru-baru ini.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, berkata keputusan membawa masuk Mendes dan Atayev ke dalam skuad kendalian Jelius Ating itu adalah bagi memantapkan lagi pasukan kerana menyedari baki saingan Liga Perdana yang semakin mencabar.

"Kami harap dengan kehadiran dua pemain import baru ini, ia akan memantapkan lagi pasukan, terutama di bahagian tengah dan serangan.

"Keputusan untuk menamatkan kontrak Luis juga dibuat kerana kami perlukan penyudah yang lebih berkesan.

"Dua pemain ini (Mendes dan Atayev) dilihat sesuai berdasarkan sesi ujian baru-baru ini. Mereka juga berjaya dalam ujian kecergasan," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan sesi latihan pasukan di Stadium Likas, di Kota Kinabalu, malam tadi.


Peter berkata sekiranya tiada halangan, dua pemain itu bakal membuat penampilan pertama mereka bersama Sabah dalam aksi liga bertemu UKM FC di gelanggang lawan, Jumaat ini.

Mendes, 30, yang memiliki ketinggian 1.86m, pernah beraksi untuk Ubon UMT dalam Liga Perdana Thailand manakala kelab terakhirnya ialah Poli Lasi FC dalam saingan Liga Super Romania.

Sementara itu, Atayev yang memiliki ketinggian 1.85m pula beraksi bersama kelab Arema dan Persela dalam Liga Utama Indonesia pada 2017 hingga 2019.


Dalam perkembangan sama, Peter turut mengumumkan kontrak penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic, dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

"Prestasi Paunovic sebelum ini agak baik dan dia juga sudah serasi dengan pasukan. Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.