Kemalangan Jalan Raya di Jejambat Tanjung Aru - Kota Kinabalu

Sumber /Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji
Kemalangan Jalan Raya di Jejambat Tanjung Aru - Kota Kinabalu

Tiga buah kereta terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di atas jejambat Tanjung Aru menghala ke Kota Kinabalu, pagi tadi.

K emalangan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku sekitar 7:30-pagi sehingga 8:30-pagi.


Ketika dihubungi , Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan kemalangan tersebut.


Katanya, ketiga-tiga mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau juga memaklumkan, setakat ini, dua mangsa telah membuat laporan polis.


Berdasarkan fakta dan siasatan awal, kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa wanita berusia 23-tahun yang mengekori rapat kenderaan dihadapan sebelum gagal mengawal kenderaan dan terlanggar belakang kenderaan mangsa di hadapan dan menyebabkan kenderaan tersebut melanggar belakang kenderaan mangsa ketiga.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.