Syabu Bernilai RM57,180 Dirampas di Kudat

Kickbola.net Pihak PDRM mengesan sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki di kawasan Jalan Perapat Limau-Limauan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kudat: Empat lelaki ditahan bersama dadah jenis syabu bernilai RM57,180 dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM), di sekitar daerah ini, semalam.

Picture
Seorang lelaki lagi ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kudat

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya mengesan sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki di kawasan Jalan Perapat Limau-Limauan, di sini.

Katanya, sebaik ditahan, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan ketulan hablur yang disyaki dadah syabu.

“Siasatan awal dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kudat.


“Hasil serbuan berjaya menahan seorang lelaki dan sejumlah dadah yang ditemui dalam pemilikannya,” katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM57,180 dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.


“PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.