1 kes sporadik baru varian Delta dikesan di Sabah

Satu kes baharu Covid-19 sporadik varian Delta telah dikesan di Sabah



Satu kes baharu Covid-19 sporadik varian Delta telah dikesan di Sabah, salah satu daripada 47 kes baharu variant of concern (VOC) di seluruh negara menurut data dari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Data tersebut, yang menunjukkan jangkitan varian Delta dalam kluster di Sabah masih tiga kes (tiada penambahan) iaitu dalam Kluster Ocean Blue melibatkan kapal tentera laut KD Mahawangsa tidak menyatakan secara khusus lokasi atau sumber jangkitan kes terbaharu Delta itu.

Data tersebut menyenaraikan semua semua kluster di seluruh Malaysia yang mana kes-kes VOC atau variant of interest (VOI) ditemui tetapi hanya tiga kluster berkes VOC di Sabah disenaraikan iaitu Kluster Ocean Blue, Kluster Gusi di Kinarut, Papar dan Kluster Gauran Durok di Keningau.

Kluster Gusi masih tiada perubahan, iaitu dua kes VOC Alpha setakat ini, dan begitu juga Kluster Kauran Durok yang masih dengan dua kes Alpha Beta, oleh itu, kes terbaharu Delta tersebut bukan di dalam kluster tetap dikesan di salah satu daripada 15 kategori saringan kes-kes sporadik berkes VOC atau VOI yang yang disenaraikan dalam data tersebut.

Noor Hisham dalam kenyataan media memaklumkan bahawa kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 47 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah VOC.

Selangor terbanyak dengan 13 kes diikuti Kedah (7), Johor (5), Terengganu (5), Putrajaya (4), Perak (3), Kelantan (3), Negeri Sembilan (2), Kuala Lumpur (2), Perlis (1) dan Pahang (1).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes,” kata Noor Hisham dalam kenyataan media.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta.”

Sabah kini telah merakam 11 kes kumulatif VOC -- empat kes Delta (tiga dalam kluster, satu sporadik), empat Beta (dua dalam kluster, dua sporadik) dan tiga Alpha (dua dalam kluster, satu sporadik), menurut data terbaharu tersebut dan data yang diterbitkan sebelumnya pada 14 Julai 2021.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.