COVID-19: 31 kes positif di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 1 tahun

Majoriti daripada kes yang dilaporkan hari ini melibatkan golongan yang berusia antara 18 sehingga 59 tahun dengan 2,240 kes. - Gambar fail/BERNAMA



KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kes positif COVID-19 daripada jumlah keseluruhan 3,487 yang dilaporkan di Sabah pada Khamis melibatkan kanak-kanak berusia kurang daripada satu tahun.

Menurut Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, 297 lagi merupakan kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun.

‘’Majoriti daripada kes yang dilaporkan hari ini melibatkan golongan yang berusia antara 18 sehingga 59 tahun dengan 2,240 kes.

‘’1,992 atau 57 peratus kes dikesan menerusi saringan kontak rapat, 856 atau 25 peratus melalui saringan individu bergejala dan 263 kes atau 7.5 peratus dari kluster sedia ada,’’ katanya.

Selain itu, 2,159 kes yang dilaporkan merupakan kes yang didaftar lewat (backlog).


Seramai 866 remaja dan kanak-kanak dijangkiti Covid-19 di Sabah pada Rabu. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
‘’1,550 atau 44.5 peratus merupakan kes yang didaftar lewat antara dua hingga tiga hari, 294 kes atau 8.4 peratus adalah kes yang didaftar lewat antara empat ke lima hari.

‘’Manakala, 315 kes atau sembilan peratus pula merupakan kes yang didaftar lewat melebihi tempoh lima hari,’’ tambahnya.

Antara lain setakat Rabu, 54.5 peratus telah menerima satu dos vaksin dan 33.8 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin. - Awani

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.