Kes baharu di Sabah menurun hari ini ke 2,578; tetapi lapan daerah catat kenaikan, Tuaran tertinggi

Masidi: Setakat semalam, 56.3% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi sekurang-kurangnya satu dos dan 37.1% telahpun melengkap pengambilan vaksin.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penurunan kes harian kepada 2,578 hari ini, turun sebanyak 256 kes berbanding 2,834 kelmarin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Tuaran menambah 288 kes hari ini dimana hampir 84% kes di daerah itu adalah dikalangan kontak rapat.


Sementara kes di daerah Penampang pula turun 268 dan secara keseluruhan 41% datang daripada saringan bergejala, katanya.

“Secara keseluruhan, saringan bergejala ialah 28.8% (742) sementara saringan kontak rapat menyumbang 62.3% (1,606) dan kes daripada saringan kluster cuma 30 orang.

“Kota Kinabalu merekodkan peratusan saringan bergejala yang paling tinggi yakni 42.5% (249). Daripada 2,578 kes hari ini, 2,356 (91.4%) adalah warganegara dan 222 adalah warga asing,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.


Daripada 2,578 kes baharu hari ini, katanya, 41.3% (1,064) adalah kes lewat daftar antara 2-3 hari, 6.6% (171) antara 4-5 hari dan 8% (207) adalah kes-kes yang didaftar lewat melebihi 5 hari.*

“Seramai 620 pesakit adalah dalam kategori satu, 1887 dalam kategori dua, 13 orang dalam kategori tiga, 7 orang dalam kategori empat dan 25 orang dalam kategori lima. 26 kes lagi masih dalam siasatan,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan setakat semalam (28 Ogos), 56.3% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi sekurang-kurangnya satu dos dan 37.1% telahpun melengkap pengambilan vaksin. - Warta Oriental


Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 586 (603)
Penampang 128 (396)
Sandakan 249 (271)
Kinabatangan 38 (80)
Tawau 206 (174)
Papar 117 (223)
Tuaran 469 (181)
Keningau 84 (108)
Lahad Datu 63 (105)
Telupid 101 (53)
Putatan 58 (88)
Beluran 5 (7)
Kalabakan 18 (22)
Kota Belud 111 (82)
Kota Marudu 52 (88)
Kudat 23 (25)
Tongod 48 (11)
Beaufort 20 (32)
Tenom 50 (63)
Ranau 44 (41)
Nabawan 28 (33)
Pitas 35 (74)
Kunak 12 (28)
Tambunan 6 (12)
Sipitang 12 (23)
Semporna 10 (9)
Kuala Penyu 5 (1)


(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 28/08)

Tidak ada kluster baharu*

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.