PKPD di 8 lokaliti di Sabah mulai 16 Ogos

PKPD akan dilaksanakan di 8 lokaliti di Sabah berkuatkuasa selama dua minggu, bermula Isnin ini.



KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 8 lokaliti di Sabah dan Pahang, berkuatkuasa 16 Ogos hingga 29 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 8 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD di 8 lokaliti di Sabah bermula 16 Ogos hingga 29 Ogos adalah seperti berikut:

Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau;

Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau;

Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran;

Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud dan

Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat.

Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa Dua dan Pekan Donggongan di Penampang.


Pelanjutan PKPD 16 hingga 28 Ogos

Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu

Penamatan PKPD 15 Ogos

Lorong Kuala Laut Likas,

Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru, Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom, Kota Kinabalu

Kampung Tinusa 2, Sandakan;

Lorong 3, Kampung Klias Baru dan

Kampung Melulugus, Beufort, Sabah


Sementara itu, Hishammuddin berkata, sebanyak 96 premis diarahkan tutup serta-merta, manakala 149 individu dikompaun dan enam lagi direman kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Selain itu, katanya, empat pendatang asing tanpa izin ditahan, manakala enam kapal atau bot dan 11 kenderaan darat dikesan melalui aktiviti penglihatan Op Benteng.

"Seramai 507 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semalam, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 270,042 orang sejak 24 Julai lalu.

"Sejumlah 9,769 daripada mereka kini masih dikuarantin di Pusat Kuarantin Wajib, manakala jumlah kumulatif di bawa ke hospital sebanyak 3,974 orang dan dibenarkan pulang pula 256,299 orang," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.