KOTA KINABALU: Seorang lelaki secara tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri di salah sebuah restoran di Taman Cantek, Lido, di sini pagi semalam.
Keadaan itu menyebabkan pengunjung serta orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian panik sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati mangsa akan ke Taman Cantek berjalan kaki setiap pagi untuk bersarapan.
“Semasa kejadian, pekerja yang melihat kejadian itu segera memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa.
“Pihak perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya.
Mohd Zaidi berkata hasil siasatan awal di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan temubual dengan keluarga mangsa mendedahkan mangsa mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR),” katanya.
SOURCE: UTUSAN BORNEO
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment