Myvi hanyut, kereta dan seorang mangsa ditemui

Kereta MyVi yang hanyut di jalan Kionsom Lama, Inanam berjaya dikeluarkan dari sungai. Ada satu mayat mangsa ditemui di bahagian pemandu. Takziah kepada keluarga mangsa.

Kota Kinabalu: Kereta Perodua Myvi dan seorang daripada mangsa berjaya ditemui di dalam sungai di Kampung Sinulihan, Jalan Dambai, Inanam, di sini, pagi tadi.

Kenderaan berkenaan ditemui pada jam 7.20 pagi, kira-kira 200 meter daripada lokasi kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, setakat ini, mayat salah seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan.


Katanya, pasukan penyelam bomba dapat memegang bahu dan kepala mangsa namun masih sukar untuk dibawa keluar.


“Pasukan bomba masih berusaha untuk membawa keluar mangsa daripada kenderaan berkenaan.

Pasukan bomba ketika operasi dijalankan mencari mangsa Myvi hanyut.
“Selain itu, operasi turut dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa yang dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, menurut laporan, dua mangsa yang berada di dalam kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, iaitu pemandu dan penumpang Juning, 30 tahun.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.