Penjual ikan tergelincir, bukan bunuh diri: Polis

Seorang penjual ikan yang didakwa tiba-tiba memberhentikan kenderaannya sebelum terjun di Jambatan Politeknik, KKIP, di sini, semalam, sebenarnya tergelincir ketika memancing di jambatan berkenaan.

Lelaki didakwa terjun sungai sebenarnya tergelincir

Kota Kinabalu: Seorang penjual ikan yang didakwa cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan Politeknik di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sebenarnya tergelincir ketika memancing di atas saluran paip bersebelahan jambatan itu pada jam 8.35 pagi, Selasa lepas.

Lelaki yang dikatakan terjun, sebenarnya tergelincir ketika memancing di Jambatan Politeknik, KKIP semalam. - Foto ihsan pembaca
Difahami bahawa insiden itu pada awalnya disaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Bob yang kemudian memaklumkan pegawai Polis bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dekat Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) bahawa dia nampak seorang lelaki jatuh dari jambatan itu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinbalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah, yang dihubungi pada Rabu menafikan dakwaan bahawa seorang lelaki cuba membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinbalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lelaki berumur 35 tahun itu keluar memancing bersama bapa saudaranya pada jam 7.30 pagi dari rumah mereka di Telipok Ria.

“Apabila tiba di lokasi, ketika mangsa mencari kedudukan di saluran paip bersebelahan jambatan itu, mangsa tergelicir dan jatuh ke tebing sungai.


“Bapa saudaranya kemudian bergegas ke bawah jambatan untuk mendapatkan mangsa dan ketika mangsa ditenangkan oleh bapa saudaranya, Bob yang kebetulan melalui jambatan itu, nampak insiden itu dan terus ke SJR untuk memaklumkan kepada polis yang sedang bertugas,” katanya.

Menurut Zaidi, insiden itu adalah satu kemalangan dan tiada elemen jenayah serta bukan cubaan membunuh diri.

TANGKAP layar video tular yang menunjukkan pasukan perubatan memberi rawatan awal kepada mangsa yang tergelincir di Sungai Mengkabong, Tuaran semalam
Katanya, mangsa kini dalam keadaan stabil dan telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth sebagai pesakit luar dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali koyak tisu di paha dan betis.

Pada pagi Rabu, rakaman insiden itu tular di media sosial yang mendakwa lelaki terbabit terjun ke sungai dan dipercayai cuba membunuh diri.


Rakaman 23 saat itu mendapat perhatian dan dikongsi diaplikasi WhatsApp yang menerima banyak reaksi daripada warga maya.

Lelaki tergelincir semasa memancing, bukan terjun sungai

Kota Kinabalu: Seorang penjual ikan yang didakwa tiba-tiba memberhentikan kenderaannya sebelum terjun di Jambatan Politeknik, KKIP, di sini, semalam, sebenarnya tergelincir ketika memancing di jambatan berkenaan.

Antara Penjelasan yang tular individu yang mengenali mangsa
Dalam kejadian jam 8.35 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun itu dikatakan bersama pakciknya pergi ke lokasi untuk memancing ikan.


Bagaimanapun, ketika hendak mengambil kedudukan memancing di rod besi panjang jambatan berkenaan, mangsa tergelincir dan terus terjatuh ke dalam sungai.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa kemudiannya diselamatkan pakciknya yang bergegas turun ke bawah jambatan untuk membantu.


Katanya, salah faham berkenaan timbul selepas seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan itu melihat kejadian berkenaan.

“Lelaki terbabit yang dikenali sebagai ‘Bob’ terus memaklumkan kejadian itu kepada pasukan polis yang berada di Sekatan Jalan Raya (SJR) berhampiran Kampus Intan.


“Sepasukan polis terus bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan sebelum menghubungi pasukan paramedik untuk membantu,” katanya ketika dihubungai, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian berkenaan adalah kemalangan dan tidak ada sebarang elemen jenayah termasuk cubaan bunuh diri.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan stabil dan dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) sebagai pesakit luar.


“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan menurut laporan perubatan hanya terdapat koyakan tisu di bahagian peha dan betis,” katanya.

Sebelum ini, satu rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial yang mendakwa lelaki terbabit terjun ke sungai berkenaan dipercayai cuba membunuh diri.

Rakaman sepanjang 23 saat itu mendapat perhatian ramai dan dikongsikan dalam aplikasi whatsapp sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen. - Deasoka

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.