“Selalu Marah & Panas” – Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Kena Buatan Orang

Jelasnya, Aina telah menjadi seorang yang panas baran malah tidak lagi mesra seperti dahulu

Personaliti media sosial yang juga usahawan, Hafiz Mahamad mendedahkan bahawa dia dan isterinya telah terkena perbuatan syirik seseorang.

Sikap Aina Berubah

Menurut Hafiz, dia mengetahui akan perkara tersebut selepas mendapatkan rawatan secara Islam dengan seorang ustaz berikutan berhadapan dengan pelbagai perkara mistik. Lebih mendukacitakan, Hafiz turut mendakwa sikap isterinya yang juga seorang personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina seperti sudah berlainan dan tiba-tiba berubah.

Jelasnya, Aina telah menjadi seorang yang panas baran malah tidak lagi mesra seperti yang dikenalinya sejak dahulu lagi. Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Hafiz berkata dia terpaksa mengalah setiap kali isterinya menjadi sedemikian. “Katakanlah saya terjatuh nasi sikit. Benda itu pun boleh jadi panas. Tapi saya tak pernah marah, saya tak pernah melawan, saya tak pernah pun ambil sedikit hati atau sakit hati. Saya kadang-kadang pelik sampai cakap ‘yang, kenapa awak macam ini?’. Walaupun dia tak ungkap dengan kata-kata tapi tengok air muka dia saya tahu dia panas. “Kadang-kadang saya peluk dia sebab saya malas nak panjang cerita kan? Kita bahagia. Apa yang awak tengok dekat sosial media itu benda yang betul. Memang kita bahagia tapi ada sedikit gangguan macam benda itu bagi kesan dekat saya punya hati dan diri. “Saya tak pernah melawan, saya tak pernah tengking dan cakap ‘Aina, kau tak boleh macam ini. Kau tak boleh panas’. Saya tak pernah cakap macam itu. Sebaliknya, saya peluk dia. “Bila tanya ustaz, ustaz itu pun ada berkongsi juga bila makhluk macam itu dia ada dekat tubuh badan seseorang itu bukan nak menghancurkan tubuh badan seseorang itu tapi nak mengacau tubuh badan orang lain. “Sebab tugas syaitan ini, tugas makhluk-makhlus ghaib adalah untuk menghasut. Yang bertindak adalah kita, dia menghasut. Alhamdulillah, Allah masih sayang akan keluarga saya, masih sayangkan saya dan isteri saya. Kita selalu beringat, kalau Aina marah saya akan redakannya. Kalau Aina terlepas rutin dia macam sediakan saya makanan, walaupun terpaksa dia buat juga sebab benda itu dekat dalam mungkin dia paksakan. “Jadi saya syukur sebab Allah jaga dan sebab saya hari-hari minta ‘Ya Allah, Kau jangan hilangkan rasa sayang, rasa cintaku pada isteriku sama juga pada isteriku pada ku. Kau hantarkanlah, kurniakanlah setiap saat rasa cinta, rasa sayang, rasa rindu pada aku kepada isteriku dan isteriku untuk aku’ Setiap solat, saya berdoa benda itu” dedah Hafiz

Hafiz Memaafkan Individu Tersebut


Bagaimanapun, Hafiz meluahkan rasa syukur apabila segalanya kembali pulih seperti sedia kala dan sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan hal tersebut kepada mereka sekeluarga.
“Diri saya ini tidak ada apa-apa untuk didengkikan. Saya juga tidak jadikan isteri dan anak sebagai korban untuk pemasaran produk. Apa pun, saya maafkan si pelaku dan reda dengan apa yang telah terjadi. “Saya berharap agar kawan-kawan semua dapat mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga,” katanya lagi
Hafiz mendedahkan perkara tersebut, selepas mengulas hantaran salah satu video di laman Insta-story nya yang memperlihatkan Aina sedangn menangis dan seakan menahan sakit dipercayai mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.


Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa,3 tahun.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.