Cubaan 21 warga asing menyusup masuk ke perairan Semporna gagal

Picture
USIR: Kesemua warga asing yang cuba menyusup masuk ke perairan Semporna berjaya diusir balik.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


SEMPORNA: Cubaan 21 individu termasuk lapan kanak-kanak warga asing masuk ke daerah ini gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan negara, di sini semalam.


Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, anggota PGA yang menjalankan tugas rondaan Op Benteng mengesan empat buah bot yang dinaiki semua warga asing berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superitenden Polis Mohd Yacob Murad berkata kesemua bot berkenaan dipercayai dari negara jiran.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat lapan lelaki, lima wanita dan lapan kanak-kanak berumur 1 hingga 52 tahun berada dalam keempat-empat bot tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, namun tiada barang salah ditemukan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.


Menurutnya, hasil soal siasat dijalankan, kesemua warga asing terbabit mengaku dari pulau Zamboanga negara jiran menuju ke daerah Semporna.

“Sebaik pemeriksaan dan soal siasat, anggota PGA mengarahkan juragan bot berkenaan untuk berpatah balik ke negara asal mereka.

“Anggota PGA mengiringi kesemua bot berkenaan sehingga ke sempadan negara jiran dan menasihatkan mereka agar tidak memasuki perairan negara,”katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.