Lengkap vaksin jadi syarat pengambilan penjawat awam Sabah

Picture
Datu Rosmadi menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Bersama Pasukan pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Sabah, Datuk Masnah Mat Salleh. - Foto NSTP/MOHD ADAM ARININ
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pelalian syarat mohon jawatan awam di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menetapkan pelalian lengkap terhadap COVID-19 sebagai syarat wajib pengambilan baharu kakitangan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, berkata calon kakitangan awam juga akan diwajibkan melepasi penilaian kesihatan yang ditetapkan.


"Langkah ini selari dengan usaha kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai untuk berurusan di bangunan kerajaan.

"Ini sekali gus dapat mengembalikan perkhidmatan awam negeri ke kapasiti maksimum, berdasarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya pada Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita, di sini, semalam.


Beliau berkata, setakat ini seramai 19,571 orang atau kira-kira 97 peratus daripada 20,174 kakitangan awam Sabah sudah menerima vaksin COVID-19.

Sementara itu, Datu Rosmadi berkata, PPV Wisma Wanita yang beroperasi sejak 13 Jun lalu antara PPV terawal dibuka di Kota Kinabalu untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam mendapatkan vaksin COVID-19.


Sehingga 10 Oktober lalu, katanya PPV Wisma Wanita, memberikan 12,709 suntikan vaksin.

"Ia membabitkan seramai 6,757 penerima dos pertama dan seramai 5,455 orang penerima dos kedua," katanya.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.