SESB lancar aplikasi mySESB permudah urusan pelanggan

Picture
Pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal memperkenalkan Aplikasi MySESB bagi memudahkan pelanggan SESB
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


SESB memperkenalkan aplikasi semakan Bil Elektrik mySESB.

KOTA KINABALU: Pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini dapat melakukan urusan mereka dengan syarikat utiliti ini dengan lebih baik melalui aplikasi mudah-alih mySESB yang baru dilancarkan.

Picture
HASAN (tengah) melakukan gimik pelancaran sementara Nasser dan Baharin memerhati.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESB Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pembangunan aplikasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk mendigitalkan perkhidmatannya.

Pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal memperkenalkan Aplikasi MySESB bagi memudahkan pelanggan SESB :-

1. Penyemakan bil elektrik (bil semasa & sejarah penggunaan)

2. Pembayaran bil elektrik

3. Penggunaan tenaga elektrik.

4. Maklumat gangguan bekalan.




Aplikasi ini akan boleh dimuat turun dari Google Play store atau Apple App store.

Cara membuat pendaftaran melalui MySESB.

1. Pelanggan berdaftar sebagai pengguna SESB atas nama pemilik bil elektrik.

2. Pelanggan mempunyai emel.

3. Muat turun Aplikasi MySESB.

4. Isikan butiran yang diperlukan di dalam Aplikasi MySESB

Alamat emel dan kata laluan bagi aplikasi ini adalah sama dengan akaun OCS pengguna.

Bagi penggunaan yang telah mendaftar dan mempunyai akaun OCS sila gunakan alamat emel & kata laluan bagi akaun OCS tersebut.

Sekiranya lupa kata laluan reset password juga boleh dibuat melalui aplikasi MySESB.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi SESB Careline di talian 088-515000/ 15454 atau melalui Facebook SESB Careline FB page/ Twitter: @CarelineSesb

SOURCE: mySESB

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.