WARISAN tidak berkompromi, tentang sekerasnya budaya lompat parti

Picture
SIDANG MEDIA: Shafie (duduk, 5 kanan) ketika dalam sidang media bersama pemimpin WARISAN yang lain.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras-kerasnya budaya lompat parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada di peringkat negeri atau Pusat.


Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaakob keluar parti adalah keputusan peribadinya dan WARISAN menolak kenyataan Yusof yang mendakwa beliau membenarkan dan merestui keputusan terbabit.


“Beliau tidak wajar menggunakan alasan ini demi meneruskan khidmat kepada Rakyat setempat berikutan sudah diberi jawatan penting dalam Kabinet sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.

“Malah, kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Parti membolehkan beliau menyertai perbincangan dan mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Mesyuarat Pasca Majlis Raja-Raja bersama Menteri Besar, sama ada mengiringi atau mewakili Presiden parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Shafie berkata tindakan Yusof mempengaruhi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jelas bertentangan dengan semangat “Keluarga Malaysia” yang diwarwarkan.

“Dalam tindakan Kerajaan berusaha mendapatkan Parti Warisan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan menyokong Kerajaan secara bipartisan dengan menolak budaya politik berlebihan ketika pandemik, ada pula unsur menawarkan jawatan dan imbuhan untuk menarik keluar dan menekan mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN Pembangkang bagi menyertai Parti Kerajaan.

“Parti Warisan berpendirian ini masih parti politik terkuat di Sabah dengan kekuatan sokongan 20 ADUN sepeti parti lain dan rekod pentadbiran yang baik ketika Warisan mengetuai Kerajaan Negeri, kami yakin bahawa Parti Warisan akan menjadi pilihan utama pengundi pada pilihanraya yang akan datang.


“Di peringkat nasional pula, kebangkitan dan relevansi parti ini semakin menyerlah apabila presiden dan ahli berjaya atas prinsip semak dan imbang serta membangkitkan isu-isu besar rakyat di Parlimen yang bukan sahaja menyentuh mengenai kepentingan rakyat Sabah malah seluruh warga Malaysia, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan kedudukan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya meminta semua ahli dan penyokong serta kepimpinan di semua Bahagian supaya bertenang dan kekal setia dengan perjuangan asal Warisan, iaitu menentang kleptokrasi, mengembalikan hak rakyat Sabah dan memperjuangkan kesaksamaan merentasi perbezaan kaum, bangsa atau agama, selaras dengan matlamat Warisan sebagai parti yang membawa suara dan mewakili pelbagai bangsa.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.