Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah

Picture
Bukan kaleng-kaleng kalau dah boleh kalahkan penyanyi Indonesia! Tahniah! 👏🏻👍🏻✨
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Tahniah diucapkan kepada Eylia!

Dipetik dari Harian Metro, penyanyi asal Kota Kinabalu Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Starvoices Asia musim ke-7 (SVA7) anjuran Indonesia selepas menewaskan saingannya Shafira Putri Kusumaningyu dari Indonesia.

Penyanyi Eylia atau nama sebenarnya Eylia Eyre Guntabid merupakan penyanyi pertama dari Malaysia berjaya mencipta sejarah menang dalam pertandingan nyanyian dalam talian. Eylia bersaing dengan 46 peserta yang terpilih dari 1140 penyertaan yang diterima penganjur dimana ianya berlangsung selama 3 bulan sebelum merebut kejuaraan.

Picture
Kredit Gambar: Instagram Eylia Guntabid







Picture
Kredit Gambar: Instagram Starvoices.id

Keajaiban yang manis

Gadis Sabah yang berusia 19 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM7,300. Eylia turut menyatakan kepada pihak media Harian Metro bahawa dia tidak pernah menyangka bahawa dia mampu memenangi pertandingan tersebut dan menganggap ianya satu kejaiban yang manis.

Eylia merupakan artis dibawah naungan Broadway Entertainment pernah memenangi 5 pingat emas dan 1 perak di World Championship Of Performing Art. Pertandingan yang dimenangi diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Pada pusingan akhir, Eylia dan Shafira mempersembahkan lagu medley untuk penentuan juara. Eylia berjaya memukau juri dan penonton dengan suara dan nyanyiannya yang menawan menerusi lagu Run To You (Whitney Houston) dan All By Myself (Celine Dion).

Picture
Kredit Gambar: Instagram Eylia Guntabid

Memastikan bahawa persembahan terakhir mampu meninggalkan impak

“Lagu All By Myself adalah antara lagu paling mencabar pernah saya bawakan. Saya seorang penyanyi yang risau bahagian nota tinggi, tapi terus berusaha atasi ketakutan itu dan keluar dari zon selesa,” katanya.


Menurutnya juga, dia cuba mencabar keupayaan vokalnya ke peringkat lebih tinggi bagi memastikan persembahan akhir mampu meninggalkan impak.


StarVoices Asia diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada artis terkenal Indonesia dan diundi melalui media sosial. Ia telah dianjurkan sejak 2011 dan diterbitkan di Instagram rasmi StarVoices Asia.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Eylia Guntabid!

SOURCE: iloveborneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.