Lelaki parah dibaham buaya ketika cari lokan

Picture
Gambar di sebelah kiri menunjukkan mangsa seorang lelaki cedera di kaki kirinya yang mesti diangkut dengan kerusi roda. gambar di sebelah kanan menunjukkan pendarahan dari luka di kaki kiri lelaki itu ketika dihantar ke hospital.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kaki kiri parah diserang buaya

Picture
Mangsa cedera di kaki kiri selepas diserang buaya di Sungai Giling di Tuaran.

Tuaran: Berpantang maut sebelum ajal, itu yang berlaku terhadap seorang lelaki ketika berdepan detik cemas bertarung nyawa untuk melepaskan diri daripada cengkaman mulut buaya ketika mencari lokan di Sungai Giling, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 40-an dikatakan pergi ke sungai berkenaan untuk mencari lokan sebelum terpijak reptilia terbabit yang kehadirannya tidak disedari mangsa.

Picture
Lelaki parah dibaham buaya ketika cari lokan

Menurut sumber, haiwan liar berkenaan kemudian terus membaham kaki kiri lelaki terbabit sebelum berjaya dilepaskan setelah beberapa minit bertarung.



Kata sumber itu lagi, akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki dan terus dikejarkan ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Sebaik mangsa berjaya menyelamatkan diri, mangsa terus dihantar ke Hospital Tuaran dengan dibantu rakan untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Picture
Lelaki parah dibaham buaya ketika cari lokan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


Katanya, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.