Penggunaan katil ICU di Sabah 52 peratus

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Picture
Penggunaan katil ICU di 6 negeri lebih 50 peratus

KUALA LUMPUR: Penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) di 6 negeri mencatatkan kadar melebihi 50 peratus termasuk di Kelantan yang mencecah 86 peratus dan tertinggi direkodkan setakat ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penggunaan katil ICU kedua tertinggi ialah di Johor sebanyak 59 peratus, diikuti Labuan (57 peratus), Kuala Lumpur (54 peratus), Sabah (52 peratus) dan Melaka (50 peratus).


Beliau berkata, bagi katil bukan ICU, terdapat enam negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Kelantan (111 peratus), Selangor (108 peratus), Perak (93 peratus), Kuala Lumpur (89 peratus), Putrajaya (86 peratus) dan Perlis (82 peratus).


"Manakala negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus pula adalah Johor sebanyak 73 peratus, Pahang (68 peratus), Terengganu (58 peratus), Pulau Pinang (57 peratus), Sabah (69 peratus) dan Sarawak (53 peratus)," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Dr Noor Hisham berkata, tiga negeri iaitu Perak, Melaka dan Selangor menunjukkan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Beliau berkata, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) juga meningkat kepada 201 pesakit dan peratusan penggunaan bantuan itu mencecah 36 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.


Katanya, setiap negeri sudah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital dan ICU.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.