Suami kecewa cuma dapat 2 hari cuti, balik kerja nampak isteri berpantang kaku di sisi bayi

Majikan jenis apa ni? Kejam. Isteri 'pergi' lepas 4 hari bersalin 😭 anak pulak nangis tak dapat menyusu 😢 Story lanjut 👇

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Hanya Dapat Cuti Paterniti 2 Hari, Lelaki Terkilan Isteri Meninggal Dunia Dalam Pantang

Seorang suami dari Sabah berkongsi kisah memilukan apabila kehilangan isteri tercinta yang meninggal dunia selepas empat hari melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Exly Jailon menemukan jasad isterinya telah kaku dengan bayi menangis di sisinya sebaik sahaja pulang dari tempat kerja pada 9 Mei lalu.

Kegembiraan seorang bapa, Exly Jailon yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata bertukar menjadi tragedi apabila diuji dengan pemergian isterinya pada 9 Mei lalu, selepas hanya empat hari melahirkan anak mereka.

Kisah sedih tersebut dikongsikan oleh Exly menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Menurut Exly, setibanya di rumah selepas pulang dari kerja, dia mendapati isterinya sudah tidak lagi bernyawa. Bayinya pula yang berada di sisi mendiang sedang menangis kelaparan.

Berdasarkan pemerhatian, difahamkan Exly Jailon hanya diberikan dua hari cuti paterniti iaitu cuti khas bagi golongan suami apabila isteri bersalin berbanding tujuh hari sekiranya di Semenanjung.

Berkerja di sebuah syarikat di Sabah yang baru beroperasi selama enam bulan, Exly hanya diberi cuti paterniti selama dua hari sahaja sebelum disuruh kembali ke tempat kerja.
Picture
Sumber: Exly Jailon/ Facebook

Majikannya dilaporkan berkata ‘bagus lagi kalau kau turun kerja’ ketika Exly memohon untuk mengambil cuti paterniti. Dia juga terpaksa menggunakan cuti tahunannya pada 8 Mei untuk membawa isteri dan anaknya ke pemeriksaan kesihatan.

Meninggal dunia ketika berpantang

Akibat kekangan masa bagi menjaga kedua-dua insan tersayang, lelaki berusia 30 tahun itu terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mei lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Exly memuat naik pelbagai hantaran meluahkan rasa sedih dan terkilan selain turut menceritakan situasi dialami sejak insiden tersebut.



Mengulas lanjut, lelaki berketurunan Dusun itu mendakwa, majikannya seolah-olah tiada sifat empati kerana masih memintanya hadir memenuhi tuntutan kerja sewaktu mendiang isteri bersalin.
Kamu boleh bayangkan balik-balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa. Anak yang baru lahir dalam usia empat hari menangis tidak dapat menyusu disamping ibu dia yang sudah berbaring berkeras tidak bernyawa! “Ketika isteri saya bersalin, kamu (majikan) suruh juga datang kerja. Bila isteri saya meninggal baru kamu senang-senang cakap kami turut bersedih dgn pemergian isteri kamu. “Kamu telefon bah. Cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima.. saya ni terpaksa kerja bah gara-gara komitmen kerja. Saya balik kerja, isteri sudah tidak bernyawa.”
Exly Jailon


Picture

Saya mahu cuti pun dicakap ‘lagi bagus juga kalau dapat datang kerja’. Apa lah tu! kerja mati-mati (bersungguh-sungguh) gaji tidak setimpal. Kamu bayar berapa banyak pun dapat ke kembalikan nyawa isteri saya? “Saya mati-mati kerja… gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah keras (kaku) tidak bernyawa! Kamu fahamkah perasaan saya?”
Exly Jailon




Itu antara luahan sebak Exly yang membuatkan netizen turut bersimpati atas nasib menimpanya sehingga seorang individu, Harayanie Haraa tampil bersuara meminta pihak bertanggungjawab meneliti semula soal hak asasi pekerja di Sabah.


Harayanie mendakwa, Exly turut diminta supaya tidak menyalahkan pihak syarikat sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Picture

Hanya Diberi Cuti Tanpa Gaji 13 Hari Sewaktu Tempoh Berkabung

Ketika Exly sedang cuti berkabung, syarikat tersebut turut menyuruhnya mengambil cuti tanpa gaji selama 13 hari.
Kalau cakap awal-awal boleh cuti tapi tak dapat gaji, saya boleh terima. Tapi sebab komitmen saya kerja betul-betul. Tak pernah curi tulang walaupun buat kerja seorang diri.”
Exly Jailon


Malah, sebelum ini, Exly juga pernah disuruh bekerja sewaktu cuti umum Good Friday tanpa menerima gaji berganda. Kini, dia berasa tawar hati untuk terus bekerja dengan majikan tersebut.


Melalui perkongsian di laman Facebook, Exly sekarang didapati sedang mengalami anxiety. Katanya dia menangisi pemergian isterinya setiap hari.

Tiada Cuti Paterniti Dalam Ordinan Buruh Sabah

Sebagai rekod, setelah pindaan dilakukan pada tahun 2022, Akta Kerja 1955 kini mewajibkan majikan untuk memberikan cuti paterniti selama tujuh hari berbanding hanya tiga hari sebelum itu.

Namun begitu, memandangkan Exly bekerja di Sabah, majikannya tertakluk kepada undang-undang di bawah Ordinan Buruh Sabah. Hasil carian kami mendapati tiada sebarang seksyen di dalam ordinan tersebut yang menyebut tentang hak cuti paterniti oleh bapa.

Harayanie Haraa, rakan kepada Exly, mempersoalkan perbezaan undang-undang cuti paterniti di Sabah dan di Semenanjung di dalam sebuah hantaran Facebook. Dia juga meminta supaya undang-undang berkenaan hak perkerja di Sabah diteliti semula dan dipinda mengikut kesesuaian.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak pekerja telah menghubungi Exly untuk menggunakan kisahnya sebagai kempen. Mereka ingin meminta pindaan dilakukan ke atas Ordinan Buruh Sabah, termasuk cuti paterniti tujuh hari seperti di Semenanjung Malaysia.



SOURCE: Facebook Exly Jailon dan Harayanie Haraa

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.