Abang tikam adik 9 tahun hingga mati, ditahan polis

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Ranau. Menurutnya, polis menerima laporan pada jam 11.27 pagi Khamis lalu daripada seorang lelaki mengatakan adiknya ditikam oleh abang di rumah mereka.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di bahagian perut oleh suspek yang berusia 19 tahun ketika kedua-duanya berada di ruang tamu pada jam 5.40 pagi.
“Mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Simiun menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian segera menghubungi polis atau tampil ke IPD Ranau bagi membantu siasatan.
SOURCE: buletintv3.my
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment
0Comments