Wanita terselamat, kereta jatuh gaung 60 meter di simpang Jalan Kampung Kiwoi, Kampung Bawang, Tamparuli

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Keadaan kereta yang dipandu seorang wanita terbabas ke dalam gaung. - Foto Ihsan JBPM
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kereta jatuh gaung, wanita selamat

TUARAN: Seorang wanita terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 60 meter di simpang Jalan Kampung Kiwoi, Kampung Bawang, Tamparuli di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, Juliana Guntok, 42, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil cedera di anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.27 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Sejurus tiba, anggota bomba mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan kemudiannya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang cedera di anggota badan diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Operasi ditamatkan jam 2.35 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.