Tepati ramalan! Sharif dan Syaiful juara Famili Duo 3, bawa pulang wang tunai RM100,000

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sharif dan Syaiful dinobat sebagai juara Famili Duo 3.
(📸 ©mstar.com.my)

Pasangan adik-beradik, Sharif dan Syaiful Zero mendominasi pentas final

DUO beradik Sharif dan Syaiful menepati ramalan muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Dengan kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Dalam saingan peringkat akhir itu, Sharif dan Syaiful membawa lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Namie dan Floor88 pada pusingan pertama.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Persembahan Sharif dan Syaiful berjaya menambat hati juri.
(📸 ©mstar.com.my)
Sementara itu, pusingan kedua dengan tema bebas pula mereka membawa lagu medley Lemak Manis (Roslan Madun), Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais) dan Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay).

Pasangan tersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 81 peratus sekaligus menewaskan duo Adira dan Emma Suhaimi serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Menerusi komen juri tetap, Mas Idayu dan Ajai menyifatkan Sharif dan Syaiful sebagai artis yang bijak.

Ajai atau Mohd Faizal Maas,48, berkata, meskipun mereka mempunyai kekurangan, namun pemilihan lagu membuatkan kelemahan mereka berjaya ditutupi. "Kamu ini pada saya artis yang bijak. Bijaknya memilih lagu sebab pergi kepada kemampuan.

"Tak membodohkan diri, tak malukan diri. Itu penting setiap persembahan. Saya tidak perlukan penyanyi dahsyat, tinggi. Saya nak yang sedap mendengar.

"Ikut kemampuan. Percaturan, prop yang digunakan," katanya semasa memberikan komentar kepada dua tersebut pada Ahad.

Selain itu, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai Mummy berkata, dia amat berpuas hati dengan persembahan yang disampaikan itu.

Dalam masa sama, Mummy turut memuji kedua-dua adik beradik tersebut kerana dikatakan mempunyai peningkatan yang sangat tinggi.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Persembahan kedua duo beradik ini menerima sorakan gemuruh penonton.
(📸 ©mstar.com.my)
"Mummy dapat satu kepuasan dan dapat tengok peningkatan yang sangat tinggi dalam nyanyian," ujarnya.

Malam final itu turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Ernie Zakri dan Syamel yang mempersembahkan lagu duet mereka iaitu Rindu dan Selangit

Famili Duo musim kedua dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam. la turut disiarkan secara langsung di saluran TV3.

SOURCE: mstar.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.