Gempar! Penemuan Mayat di Lok Urai, Pulau Gaya

Kickbola.net
Keadaan mayat yang dijumpai di Pulau Gaya - Mayat yang berdudukan dan lehernya terikat dengan tali ditemui di Lok Urai, Pulau Gaya.
Mayat ditemui di Lok Urai, Pulau Gaya

PULAU GAYA 23 JULAI – Satu mayat lelaki berumur dalam lingkungan 40an dijumpai di Bukit Tangki, Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di sini kira-kira jam 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mayat tersebut yang belum dikenalpasti identiti ditemui oleh seorang lelaki yang sedang mencari kayu di sekitar lokasi kejadian.

“Pengadu telah terhidu bau busuk sebelum menemui satu mayat lelaki yang dalam keadaan seperti terduduk dan lehernya terikat dengan tali,” katanya di sini hari ini.

Pengadu seorang rakyat tempatan berumur 28 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Pulau Gaya pada jam 4.14 petang.

“Mayat tersebut dipercayai telah meninggal dunia sejak kira-kira tiga minggu lepas berikutan keadaan mayat yang sudah berulat dan reput,” katanya lagi.

Tiada kesan kecederaan lain atau luka pada bahagian badan mayat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

“Tiada unsur-unsur jenayah terkesan dan mangsa disyaki membunuh diri,” katanya lagi.

Menurutnya, sehingga kini tiada ahli keluarga yang menuntut mayat itu dan polis meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga agar membuat laporan polis bagi membantu menjalani proses pengecaman mayat mangsa Mayat telah dibawa ke Hospital Queen 1 untuk bedah siasat.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.