MH370

Terkini
.

Majlis Perbandaran Sandakan serbu setinggan penyebab kematian anggota bomba

Kickbola.net
Majlis Perbandaran Sandakan serbu setinggan penyebab kematian anggota bomba maut
Majlis Perbandaran Sandakan serbu setinggan penyebab anggota bomba maut

TAMAN KENARI: Pasukan perobohan bertindak terhadap perumahan setinggan di Sandakan yang melakukan sambungan pendawaian haram menyebabkan seorang anggota bomba maut, empat hari lepas.

Pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) merobohkan 20 struktur binaan berhampiran Taman Kenari, kira-kira 15km dari bandar dalam satu operasi selama sejam yang diketuai oleh ketua penguatkuasa Irman Tajudin Edy.


Operasi berjalan tanpa halangan selepas anggota keselamatan sebelum ini membersihkan kawasan tersebut dan menahan penghuni yang terdiri daripada pendatang tanpa izin.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan MPS, Sairin Abdul Rahman berkata 16 kakitangan terlibat dalam operasi itu dengan bantuan daripada pihak polis dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).


Anggota bomba Apolos Jeremos telah terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran belukar  berhampiran penempatan setinggan pada Isnin.


Apolos dipercayai meninggal dunia ketika hos api yang dipegangnya terkena kabel sambungan pendawaian haram antara rumah pam pembetungan di kawasan perumahan itu dan perumahan setinggan.


Pengurus besar SESB (pengurusan aset) Muhamad Nazri Pazil berkata terdapat kecurian kuasa di 111 kawasan setinggan yang melibatkan kira-kira 10,000 rumah di seluruh Sabah.


Kecurian paling berleluasa adalah di di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau, katanya sambil menambah SESB melakukan lebih 100 operasi sambungan haram dalam setahun.


Majlis Perbandaran Sandakan serbu setinggan penyebab kematian anggota bomba Reviewed by admin Ucop on 2:04 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.