PDRM Lancar laman web portal mencari Low Min You Kes Budak Hilang Di KK Sabah

Kickbola.net
PDRM Lancar laman web portal Kanak-kanak Hilang - Berita Terkini Low Min You Kes Budak Hilang Di KK Sabah. Mohon sesiapa yang melihat budak dengan ciri-ciri yang di sebut, tolong hubungi balai polis yang berdekatan. Apa-apa pun kita doakan budak ni kembali dengan selamat.
PDRM Lancar laman web portal Kanak-kanak Hilang

Portal Mencari Kanak kanak Hilang ini adalah yang inisiatif yang baik dikelolakan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM - Royal Malaysia Police ). Mudah-mudahan usaha mencari kanak-kanak yang hilang lebih berjaya dengan bantuan dan maklumat orang awam

Mengenai perkembangan terkini Low Min You kes budak hilang di Stesyen Minyak Kampung Air, Kota Kinabalu (KK) Sabah.


Sabah digemparkan dengan kes culik seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dipercayai hilang akibat kecuaian bapa sendiri.

Pada pukul 6.00 pagi Jumaat 9 Mei 2014 yang lalu, Low Min You telah hilang bersama kenderaan Hilux-Vigo ketika bapa mangsa iaitu Low Yee Shang, 31, pergi membuang air kecil.


Punca kehilangan akibat bapa mangsa membiarkan kenderaan Hilux Vigo dengan keadaan enjin masih hidup dan pintu tidak berkunci.

Pada jam 9.30 pagi hari yang sama, kenderaan itu berjaya ditemui di Bukit Padang namun tiada kanak-kanak terbabit didalamnya.


Kronologi Kes Budak Hilang Di KK Sabah


Pada jam 6.00 pagi jumaat 9 Mei 2014, bapa mangsa Low Yee Shang meninggalkan kenderaan jenis Hilux Vigo dengan pintu tidak terkunci dan enjin tidak dimatikan di Stesyen Minyak Kampung Air.

Sebaik sahaja selesai membuang air kecil, didapati kenderaan Hilux Vigo bersama anaknya telah hilang.


Keluarga mangsa terus membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Pada jam 9.30 pagi, kenderaan pacuan empat roda itu berjaya ditemui di Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson kira-kira 500 meter dari lokasi ia dilarikan, namun kanak-kanak terbabit tiada didalamnya.


Sehingga kini, Low Min You masih gagal dikesan dan polis menjalankan ‘Op Tutup’ bagi menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negeri termasuk di terminal bas dan laluan sempadan negeri Sarawak.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.