MH370

Terkini
.

Bahaya! Perakam Guna Teknik Lutut 90 Darjah Berani Rakam Bawah Skirt Wanita Ditangkap di Mid Valley

Kickbola.net
Perakam Bawah Skirt Wanita Ditangkap di Mid Valley, Guna Teknik Lutut 90 Darjah
Perakam Bawah Skirt Wanita Ditangkap di Mid Valley, Guna Teknik Lutut 90 Darjah

Kuala Lumpur - Perbuatan keji seorang lelaki yang menggunakan kamera telefon untuk merakam 'upskirt' akhirnya terkantoi setelah perbuatannya itu disedari oleh satu pasangan yang sedang menaiki eskalator di Mid Valley Megamall disini.

Menceritakan kejadian, pengguna Facebook, Xi Yin berkata perkara itu berlaku kira-kira jam 6 petang ketika dia dan teman lelakinya sedang menaiki eskalator untuk ke tingkat tiga pasaraya tersebut.

Perbuatan si perakam yang ketika itu berada di belakang mangsa terkantoi apabila teman lelaki Xi Yin ternampak perakam itu membengkokkan lutut 90 darjah dan meletakkan telefon bimbitnya di atas lutut tersebut.

Teman lelaki Xi Yin kemudiannya bertanyakan lelaki tersebut, "Apa yang kamu sedang buat?".

Perakam terbabit kemudiannya sambil tersenyum berkata "Saya akan delete(buang), tolong lepaskan saya".

Perakam terbabit kemudian cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Xi Yin dan teman lelakinya yang tidak dapat menangkap lelaki tersebut menjerit meminta bantuan.

Menurut Xi Yin, perakam itu berjaya ditangkap setelah beberapa lelaki yang lalu lalang di pasaraya tersebut menghalang laluan si perakam.

Perakam itu kemudiannya dibawa ke bilik pengawal keselamatan yang kemudiannya memeriksa telefon lelaki terbabit. Setelah diperiksa, terdapat satu album khas yang dipenuhi dengan gambar dan video 'upskirt' di dalam album terbabit.

"Saya tak buat apa-apa pun. Cuma ambil untuk kepuasan saya sendiri", kata si perakam cuba menyelamat diri.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Xi Yin dan beberapa orang saksi berkenaan kejadian. 

Xi Yin kemudiannya berkongsi apa yang telah dilalui di satu post Facebook bertarikh 8/8/2015 dan telah mendapat lebih dari 12K perkongsian. -  Siakapkeli.my







Laporan Penuh (English) : www.worldofbuzz.com/
Bahaya! Perakam Guna Teknik Lutut 90 Darjah Berani Rakam Bawah Skirt Wanita Ditangkap di Mid Valley Reviewed by admin Ucop on 9:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.