Kesan Banjir lumpur yang mengganas di Sungai Ulu Kadamaian, Kota Belud

Kickbola.net
Banjir lumpur yang mengganas di Ulu Kadamaian menghakis tebing dan merosakkan kediaman serta harta benda awam.
Banjir lumpur lagi

Kota Belud: Hujan lebat berterusan sejak empat hari lalu, menyebabkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Kadamaian, dekat sini.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu turut menjejaskan penduduk di Kampung Malangkap Baru, dekat sini, yang terputus hubungan selepas jalan raya dipenuhi lumpur selain sebuah jambatan besi yang baru dibina turut dihanyutkan banjir.

Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta penduduk kampung yang tinggal berhampiran tebing sungai berpindah ke kawasan selamat atau tempat tinggi.

"Maklumat mengenai banjir lumpur diterima seawal 7 pagi dan kemungkinan banjir berlaku sejak malam tadi.

"Anggota keselamatan sudah ditempatkan di kawasan bencana untuk memantau perkembangan mengenai banjir lumpur berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini masih hujan dan tafsiran kerugian masih belum dipastikan.

Pada 4 Julai lalu, banjir lumpur berlaku di Sungai Ulu Kadamaian dan Penataran, menjejaskan Sekolah kebangsaan (SK) Kiau Taburi di Kota Belud yang terletak berhampiran dengan sungai berkenaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.