Sidang Media Tergempar Stacy Angie!

Kickbola.net
STACY ditemani ibu bapanya ketika sidang media mengenai dirinya memeluk agama Islam di Astro. Sidang media Stacy mengenai dirinya peluk agama Islam sedang berlangsung di Astro, Bukit Jalil
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sidang Media Tergempar Stacy Angie! - Stacy sah peluk Islam

'Ini keputusan saya' - Sidang media tergempar @stacyanam yang mengumumkan dirinya secara rasmi telah memeluk islam dengan nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam

ASTRO, BUKIT JALIL: Penyanyi Stacy mengesahkan yang beliau memeluk Islam pagi semalam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

Penyanyi Stacy, 25, menegaskan dia memeluk Islam bukan semata-mata untuk berkahwin dengan kekasihnya Akim, tetapi atas pilihan sendiri.

Stacy berkata, dia gembira dengan keputusan itu dan semalam adalah hari seperti meraikan dirinya sebagai saudara baru.

"Alhamdulillah, saya gembira di atas keputusan ini. Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengana langsung dengan Akim seperti yang disebarkan,” katanya dalam sidang media di Astro, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Stacy memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi semalam disaksikan ibu bapanya.

Stacy atau nama sebenarnya Stacy Angie Anam memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Anam sebagai nama Islamnya.

"Saya menangis kerana gembira dan bangga kerana mendapat sokongan dan restu ibu bapa. Lebih kurang 10 kali saya mengulangi lafaz kalimah syahadah," katanya.

Dalam pada itu, Stacy turut kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan gambar dan video ketika dia melafaz kalimah syahadah.


“Namun, saya maafkannya kerana itulah yang diajar sebagai orang Islam.

 Ibu bapa Stacy Angie turut menemaninya di sidang media ni. 

Stacy berkata, beliau turut ditemani ibu bapanya serta ibu bapa Akim ketika melafazkan dua kalimah syahadah di jabatan itu kira-kira jam 10 pagi.

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Saya peluk agama ini bukan kerana sesiapa atau perihal cinta mengaitkan dengan Akim," katanya yang ditemani ibu bapanya ketika

sidang media di Astro berjalan ketika ini.

Beliau menggunakan nama Islam, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Stacy Angie telah sahkan sendiri yang beliau sudah pun memeluk Islam di sidang media sebentar tadi dan namanya kini adalah Ummu Shaikhah Stacy binti Anam. Saksikan Video kemaskini langsung dari sedutan laman sosial!

Sidang Media Bersama Stacy
Stacy Angie telah sahkan sendiri yang beliau sudah pun memeluk Islam di sidang media sebentar tadi dan namanya kini adalah Ummu Shaikhah Stacy binti Anam. Saksikan info selanjutnya di #MeleTOP malam ini!
Posted by MeleTop on Tuesday, August 25, 2015

@stacyanam memilih agama Islam kerana minatnya yang mendalam untuk lebih belajar lagi bukan kerana hubungan percintaan bersama @akimahmad ... #liveupdate
Posted by ERA fm on Monday, August 24, 2015

@stacyanam mengakui yang dia sudah memeluk agama Islam semalam dan nama nya sekarang ialah Ummu Shaikah Stacy Binti Anam... #liveupdate
Posted by ERA fm on Monday, August 24, 2015


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Asalam ..sesungguhnya Allah itu menyayangi hambaNya yang mahu mengenali Allah.Subahanallah

    ReplyDelete