Aksi Pertembungan Rozaimi Abdul Rahman menentang Sabah FA

Rozaimi Abdul rahman bekas pemain pasukan sabah kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim JDT II - Foto Ihsan JDT II
Rozaimi 'Tentang' Sabah di Pasir Gudang

PASIR GUDANG: Bekas penyerang kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman yang menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT II) akan bertemu dengan pasukan lamanya buat kali pertama selepas pulih dari kecederaan dalam saingan liga perdana Hari ini.

Difahamkan persiapan pasukan Sabah sedikit terjejas selepas tidak dapat menggunakan khidmat penyerang import, Jonathan Behe serta pemain tengah, Azzizan Nordin yang mengalami kecederaan hamstring.

Ketiadaan dua pemain itu bakal menjejaskan corak permainan pasukan Sabah kerana mereka adalah antara penggerak utama di jentera serangan. Behe telah menjaringkan dua gol dan menjadi penggerak kepada tiga lagi gol.

KOTA KINABALU,14 Februari 2017 : Perlawanan Piala FA Pusingan ke-2 diantara Sabah menentang UKM FC. Penyerang Sabah, Jonathan Behe cuba dihalang oleh pertahanan UKM FC. 

Tamat separuh masa pertama Sabah 1-0 UKM FC. Gol dijaringkan oleh pertahanan Sabah Igor Cerina melalui tandukan pada minit ke-14. 

Gambar oleh Augustine Jumat/SukanMalaysiaDotMy


Pengendali Sabah, Steve Vilmiaire dijangka akan menyenaraikan tiga pemain muda dari skuad Piala Presiden iaitu Hamran Peter, O’Neil Shanahan M Bungkilan dan Muhammad Zaki Sapri sebagai nama awal yang mungkin akan mengisi kekosongan ditinggalkan Behe dan Azzizan.


“Bagaimanapun, kita masih belum menentukan sama ada mereka akan berada dalam kesebelasan utama atau tidak, yang pasti saya akan tampilkan pemain terbaik,” katanya.

Mengulas pertemuan itu, beliau berkata adalah sukar bagi setiap pasukan untuk berdepan JDT II yang dianggap antara pasukan terbaik dalam liga. “JDT II sudah menjaringkan banyak gol tetapi mereka juga dibolosi banyak kali.

Mungkin ini detik terbaik kami kerana mereka juga kalah dua perlawanan berturut-turut,” katanya. Sabah kini bergelut untuk mencapai prestasi terbaik mereka selepas hanya mengutip tiga mata daripada empat perlawanan.

Jonathan Behe dan Azizan Nordin tidak akan bermain esok di Pasir Gudang akibat hamstring


Kekalahan 2-5 kepada ATM di gelanggang sendiri minggu lalu, juga memberi tamparan hebat kepada pasukan negeri di bawah bayu itu apabila terperosok di tangga ketiga tercorot liga, setakat ini.

.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.