Kes Kemalangan Maut di Jalan KM 36 Beaufort-Menumbok

REMPUH: Keadaan kereta mangsa selepas dirempuh lori treler.| Sumber : OCPD Beaufort
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KES KEMALANGAN JALAN RAYA MAUT DI DAERAH BEAUFORT

Satu kemalangan jalan raya maut berlaku di KM 36, Jalan Beaufort/Menumbok melibatkan sebuah lori treller dengan sebuah kereta jenis Proton Waja, pagi tadi.

Kemalangan berlaku semasa lori dalam perjalanan dari arah Kuala Penyu menuju ke Menumbok manakala kereta terlibat dalam perjalanan dari arah Menumbok menuju ke Kuala Penyu (arah bertentangan).



Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori yang dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa membrek kerana kenderaan di hadapannya berhenti untuk masuk ke simpang Kg Kepayan-Bt.Linting lalu bertembung kenderaan waja sebelum terbabas ke kawasan semak tepi jalan.


Akibat daripada kejadian ini seorang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian dalam badan yang disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Penyu manakala seorang lagi tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.