Budak Perempuan tiga tahun ditemui lemas di Sungai Liwagu, Ranau

SAR…Kelihatan anggota polis bersama sebahagian penduduk Kg. Kimolohing di lokasi kejadian.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas di Sungai Liwagu.

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Liwagu dekat Kampung Kimolohing, di sini.

Mangsa berusia tiga tahun dilaporkan hilang di halaman rumah oleh ibunya kira-kira jam 9.00 pagi dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka sebelum dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton ketika dihubungi berkata,  ibu mangsa telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk membuat laporan.


IKLAN: http://www.wasap.my/60167145061

“Berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, menyedari anaknya tiada di halaman rumah, usaha mencari dilalakukan namun gagal. Bagaimanapun selipar dipercayai milik mangsa ditemui di tepi sungai.


“Susulan laporan ibu mangsa, seramai lima anggota polis digegaskan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“SAR bagi mengesan mangsa turut dibantu penduduk Kg.Kimolohing,” katanya .


Menurut DSP Sammy, penduduk kampung berjaya menemui mayat mangsa yang tersangkut di celah batu sungai kira-kira 11.30 pagi pada jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai terjatuh.

“Pegawai perubatan dari Hospital Ranau yang bertugas di lokasi mengesahkan  mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan awal di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah  ke atas mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelas Beliau.


Dalam pada itu, DSP Sammy menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak masing-masing dalam keadaan cuaca yang tidak menentu (hujan) terutama yang tinggal berhampiran sungai.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.