3 berjaya diberkas semula, tahanan ke-4 melarikan diri

TIGA tahanan yang diberkas semula selepas melarikan diri dari pusat kuarantin di Penampang, Sabah hari ini.

Tiga tahanan diberkas, seorang masih bolos



Penampang: Selepas 14 jam menghilangkan diri. Tiga daripada empat suspek yang lari dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), di sini, ditahan semula.

Ketiga-tiga suspek terbabit berjaya ditahan Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, di sini, pada jam 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tiga yang ditahan ialah Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, Salman Arip, 19 tahun.

Manakala katanya, seorang lagi yang masih bebas ialah Mohd Rahman Basir, 24, dan gerakan memburu suspek giat diburu pasukan polis.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal.


4 tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin yang sedang diburu IPD Penampang, Sabah.
“Kerjasama ini akan diteruskan dalam usaha memburu seorang lagi tahanan yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, keempat-empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 melarikan diri dari pusat berkenaan.


Semua suspek sebelum ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/379 akta yang sama


Gerakan memburu semua suspek segera dijalankan pasukan polis yang kemudiannya menemui dua seluar lokap yang ditinggalkan di Kampung Bambangan, Inanam, jam 10 pagi tadi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.