6 pemimpin dari Sabah dilantik menteri, timbalan menteri

6 pemimpin dari Sabah dilantik memenuhi 2 jawatan menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



2 wajah baharu pemimpin Sabah jadi Timbalan Menteri



KOTA KINABALU - 6 pemimpin dari Sabah dilantik memenuhi 2 jawatan menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

2 pemimpin politik kekal sebagai menteri penuh dalam portfolio yang sama sebelum ini iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Sementara itu, 2 muka baharu iaitu Yamani Hafez Musa dan Datuk Mohamad Alamin masing-masing dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Timbalan Menteri II (Pendidikan).


Timbalan Menteri Kewangan II - Yamani Hafez Musa.
Datuk Mohamad Alamin - Timbalan Menteri II (Pendidikan).
2 lagi jawatan timbalan menteri pula diisi oleh Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kanan (Kerja Raya) dan Jonathan Yassin kekal menjawat jawatan beliau sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri II.

Timbalan Menteri Kanan (Kerja Raya) - Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Jonathan Yassin.
Ismail Sabri ketika mengumumkan senarai menteri kabinet pada Jumaat turut berpesan supaya semua barisan menteri dan timbalan menteri supaya menjalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah demi rakyat dan negara.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan pada jam 2.30 petang Isnin depan di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.