Bung ucap takziah kepada James Wong

ADIK beradik Wong di awal tahun 70'an – (dari kiri) Johnny, Vincent, Tony, James, Harry dan Charles.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SAFA ucap takziah atas pemergian mendiang ayah James Wong



Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengucapkan takziah kepada Datuk James Wong atas kematian bapanya Wong Hean Ming.

Bapa kepada keluarga pemain bola sepak terhebat Sabah, Wong Hean Ming, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Queen 2 pada jam 3.30 petang pada Rabu.

Mendiang yang berumur 95 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 pada Jumaat lalu selepas dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II sehari sebelum itu.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Azman Mastar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad berkata Bung, yang juga Presiden Safa dan semua staf sangat bersimpati dengan keluarga James selepas berita sedih itu.

Menurut Azman, pengorbanan dan kejayaan mendiang Wong membentuk 3 anaknya menjadi pemain kebangsaan sebelum ini adalah sangat dihargai.

Picture
Datuk James Wong

Tiga pemain itu termasuk penyerang sensasi James Wong selain Tony Wong dan Harry Wong.

"James Wong merupakan striker yang mengharumkan nama negara apabila berjaya membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain mereka, tiga lagi adiknya Vincent, Johnny dan Freddy Wong pernah mewakli skuad negeri pada masa lalu.

Picture
IMBAS KEMBALI...James diraikan rakan-rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan skuad negara mengatasi Korea Selatan pada tahun 1980 untuk layak ke Sukan Olimpik di Moscow.

“Banyak yang beliau lakukan untuk negeri dengan bukan Datuk James sahaja yang membanggakan negara tetapi juga Tony dan Harry turut berada dalam skuad kebangsaan.

“Selain itu, Vincent, Johnny, dan Freddy turut menyarung jersi negeri, dan kami sangat menghargai pengorbanannya,” katanya.

"Pembabitan keluarga Wong ini dalam sukan bolasepak baik dalam negeri mahu pun negara sangat mengkagumkan dan kita sangat menghargai serta mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih," kata beliau.

Beliau turut berharap James dan keluarganya tabah menghadapi dugaan itu.

Azman berharap James dan keluarganya bersabar di atas pemergian mediang.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.