Ini orang panggil terlalu padu, usia bukan penghalang. Tua-tua masih berbisa

Tangkap layar seorang ibu berduet bersama anak lelakinya tular di media sosial ketika ini.



KOTA KINABALU – “Ini orang panggil terlalu padu, usia bukan penghalang. Tua-tua masih berbisa,” jelas Izwan Ez di laman Facebook hari ini.

Rata-rata orang ramai teruja apabila menyaksikan satu video tular di laman sosial ketika ini mengenai pasangan ibu dan anak lelaki berduet bersama.

Pasangan tersebut menyanyikan lagu terkenal dari sebuah kumpulan di negara jiran, Cassandra menerusi lagu berjudul Cinta Terbaik.

Kemesraan dua beranak yang dikatakan dari Sabah itu juga menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial.

“Dengki pula tengok kemesraan mereka berdua, kalau aku ni mahu kena marah kalau ajak emak nyanyi bersama,” jelas Ijam92.

“Suara ini bukan biasa-biasa, Ziana Zain pun senyap kalau dengar ni. Suara dia macam orang muda.

“Dia layankan je anak dia nyanyi, terbaik semoga hidup kalian berdua diberkati,” ujar Azamli_fauzi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.