Maya Hejnowska galakan orang ramai mendapatkan vaksin COVID-19

KENANGAN: Maya merakamkan gambar kenangan selepas menerima vaksin COVID-19

Juara Unduk Ngadau gesa rakyat Sabah daftar dapatkan vaksin



PENAMPANG: Ratu Unduk Ngadau 2021 Maya Hejnowska menyeru masyarakat negeri ini yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 agar segera daftarkan diri.

Katanya, penting kepada semua individu dalam komuniti mendapatkan vaksin berkenaan secepat mungkin demi keselamatan diri serta mereka yang berada di sekeliling masing-masing.

Menurutnya, ia juga adalah satu tanggungjawab kepada semua warga Sabah.

Maya yang turut menerima vaksin Pfizer di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) hari ini menjelaskan pentingnya Sabah bagi mencapai imuniti berkelompok.

"Tidak dinafikan terdapat sesetengah masyarakat takut dengan jarum atau disuntik. Saya juga sama, tetapi ianya tidaklah menakutkan apabila selesai dengan proses vaksinasi.

"Betullah seperti sesetengah orang cakap iaitu sakitnya seperti kena gigitan semut sahaja," katanya

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.